Informative Faraid atau iFaraid adalah satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengetahui bahagian untuk setiap ahli waris yang ditinggalkan si mati secara intuitif dan cepat. iFaraid juga mempunyai banyak info-info tambahan untuk membantu pengguna memahami atau melakukan pembahagian faraid contohnya dengan penerangan sebab-sebab mengapa waris mewarisi atau tidak. Penggunaan jadual pengiraan adalah disertakan dengan penerangan ringkas memudahkan pengguna mengetahui bagaimana pengiraan faraid dilakukan.
Dalam Islam, penyelesaian pembahagian harta pusaka adalah berdasarkan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Walaupun iFaraid tidak menerangkannya secara terperinci, tetapi penerangan yang ringkas pada bahagian Jadual Pengiraan akan memudahkan setiap orang untuk memahaminya.
Kelebihan:
- Menunjukkan hubungan antara waris secara visual.
- Menunjukkan alasan mengapa seseorang waris itu mewarisi harta pusaka si mati.
- Jadual pengiraan faraid beserta penerangan ringkas bagaimana setiap langkah pengiraan dilakukan.
- Contoh interaktif waris-waris yang layak menerima harta pusaka dan juga kes-kes khusus.
- Kes-kes khusus diselesaikan berdasarkan mazhab syafie seperti yang diamalkan di Malaysia.
- (iPad sahaja) Perunding Harta membahagikan harta-harta pusaka dengan menggunakan fungsi-fungsi mudah dan berdasarkan daripada masalah faraid yang telah diselesaikan.